Assalam.
Malam tadi baru je selesai kelas dengan PZ1. Buku Catatan Sejarah Rasulullah yang ditulis dan disusun oleh Syeikh Nasaruddin Awang AR dijadikan 'buku teks' ataupun bahan rujukan. Subjek atau fokus utama kelas tersebut ialah menceritakan tentang perjalanan kehidupan Rasulullah SAW sejak kecil.
Sebelum ini kami telah diceritakan sejarah tentang Ka'abah dan kisah sebelum kelahiran baginda yang mana waktu itu berlaku berbagai-bagai keajaiban dan tersembunyi pelbagai kod rahsia yang dicungkil oleh PZ1 ! Cerita2 yang pernah didengari sejak kecil telah di'detail'kan lagi yang menyebabkan timbul di hati ini satu perasaan yang ingin mengenali dan lebih mengetahui tentang kisah perjalanan hidup Rasulullah dan kekuatan Islam pada ketika itu. Insya Allah jika ada masa lapang, saya akan kongsikan.
Begitu hebatnya baginda Rasulullah SAW, sebelum kelahiran baginda lagi telah berlaku keajaiban seperti datangnya Burung Ababil yang membawa batu kecil daripada neraka, masing-masing membawa 3 biji batu kemudian dilontarkan batu-batu tersebut sehingga hancurnya tentera bergajah Abrahah yang hendak menyerang Mekah pada ketika itu. Hal ini demikian kerana Mekah itu tempat yang telah dijadualkan oleh Allah akan lahirnya seorang nabi akhir zaman.
Selain itu, nama yang diberikan kepada baginda iaitu Muhammad bukanlah diberi secara sembarangan. Pada ketika itu tidak ada seorang pun yang bernama Muhammad. Namun yang demikian, nama Muhammad itu memang telah dijadualkan oleh Allah khusus untuk kekasih agungnya. Ibu kepada baginda iaitu Siti Aminah telah bermimpi ada seseorang datang memberitahu supaya berikan nama anaknya Muhammad. Abdul Mutalib juga memberi nama cucunya itu Muhammad setelah beliau mendengar daripada tok-tok guru di Syam yang bahawa akan lahir di zaman itu seorang nabi bernama Muhammad.
Belum lagi cerita tentang setelah kelahiran baginda tetapi sudah nampak jelas bahawa manusia ini bukan manusia biasa. Dia manusia luar biasa, manusia agung, kekasih Allah! Kerana dialah terciptanya langit dan bumi, syurga dan neraka, jin dan malaikat. Tidak sah Islam seseorang itu jika nama Rasulullah tidak disertakan dengan Allah. Tidak kah terdetik di hati kita untuk lebih mengenali manusia yang istimewa ini ?
No comments:
Post a Comment