Assalam.
Hari ni hari yang cukup sibuk setelah kami menerima sumbangan meja, kerusi dan almari daripada rumah amal yang seterusnya dihantar ke rumah zon. Almari yang dihantar tu ingatkan boleh letak dan pakai terus, rupa-ruapanya nak kena pasang lagi! Ni la akibat nak senang je, bila tuhan bagi kesusahan sikit je dah mula tercabar roh kita. Walaupun dari sudut lahir, mulut tak cakap apa-apa tetapi dari sudut rohani, lintasan hati yang sentiasa mendatang itu menjadi sesuatu yang sangat memberi kesan yang buruk pada roh kita sekiranya tidak ditepis.
Tetapi kalau nak dibandingkan dengan kesusahan yang dilalui dan ditempuh oleh para sahabat di zaman dulu, jauh lebih dahsyat! Namun yang demikian, mereka yang digelar sahabat Rasulullah SAW ini telah pun dianugerahkan untuk merasai kemanisan iman. Perjuangan, kemiskinan, kesusahan, penderitaan semuanya dirasakan manis kerana mereka telah menyerahkan diri mereka secara menyeluruh dan sanggup mati demi Allah dan Rasul.
Seorang remaja ditanya oleh seorang Syeikh,
Syeikh : Apa sunnah rasul yang paling besar?
Remaja : Berjema'ah ..
Syeikh : Yeke ..?
Remaja : *Angguk kepala*
Syeikh : Kenape pulak berjemaah tu sunnah paling besar?
Remaja : Sebab itu sunnah rasul ...
Syeikh : Memang la sunnah rasul , tapi kenapa membangunkan jemaah itu dikatakan sunnah yang paling besar?
Remaja : *Senyap*
Syeikh : Tau ke ape tu sunnah.
Remaja : *Senyap*
Syeikh : Sunnah itu CARA HIDUP Rasulullah!
Hah ! Jadi di sini kita dah boleh tahu sebenarnya masih ramai di kalangan kita yang masih belum mengenal nabi kita secara menyeluruh. Hanya tahu nabi tapi tidak kenal nabi, tidak tahu peranannya sebagai nabi akhir zaman, tidak tahu bahawa dia itu sangat2 membimbangkan kecelakaan menimpa kita. Bahkan kalau ditanya bila tarikh lahir Rasulullah, masih ada yang tak ingat ! Kata rindu Rasul, cinta Rasul, tarikh lahir pun tak ingat.
Sebenarnya yang dikatakan membangunkan jemaah ataupun berjemaah itu adalah sunnah Rasul yang paling besar ialah kerana dalam berjemaah itulah sunnah2 yang lain boleh dilaksanakan dan dilakukan. Dalam kita berjemaah itulah kita dapat mengimplikasikan diri kita untuk makan dalam dulang, makan tangan kanan, minum secara duduk, memakai celak, dan lain2. Ini baru sunnah2 yang kecil. Adakah masih ada dalam kalangan kita yang belum menyedari perkara ini? Sehingga sekarang nabi kita masih berjasa pada kita, bahkan setiap detik, setiap saat, dan setiap perkara yang kita lakukan !
Kalau tidak berada dalam suasana berjemaah, tentulah sunnah2 yang lain menjadi sukar dan payah untuk dilaksanakan dalam kehidupan harian kerana seseorang itu tidak mempunyai kekuatan ataupun dorongan untuk melakukan satu sunnah itu untuk menjadi cara hidupnya. Manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain. Kita juga sangat memerlukan mursyid iaitu Abuya untuk menghubungkan hati kita dengan Rasulullah untuk dicahayakan dan seterusnya dituju terus kepada Allah, baru rasa takutkan Allah & rindukan Rasul itu menjadi darah daging dalam diri kita.
No comments:
Post a Comment