Saturday, 6 April 2013

Ekspedisi Bersama Pemimpin


Assalam.

Pagi tadi lepas subuh, syeikh terus ajak kami untuk berekpedisi. Sewaktu hendak bersiap, syeikh dah siap terlebih dahulu dan dia terus masuk ke dalam Alphard di tempat duduk driver. Malunya bila pemimpin yang menunggu kita, sepatutnya anak buah lah yang menunggu pemimpin, barulah dapat berkat! Sama juga apabila seseorang murid itu terlebih dahulu sampai daripada gurunya tiba, maka ilmu yang diterima oleh murid tersebut akan diberkati.

Dalam perjalanan, syeikh menyuruh salah seorang daripada kami berempat untuk membuka laman web blogspot Suara Haramain yang terkini. Seorang remaja yang memiliki BB berbuat demikian dan membaca 'post' terkini yang bertajuk 'Pemimpin Ialah Yang Memegang dan Memimpin Hati-hati Manusia'. Link boleh didapati di bawah.


Setelah selesai dibaca, kami disuruh untuk mengulas. Kalau dah disuruh mengulas ni, biasanya ramai dalam kalangan kita yang cuba nak mengelak. Kalau boleh dalam program, nak tempat duduk yang paling belakang. Macam mana nak dapat berkat kalau begini! Sedangkan makanan roh itu ialah keberkatan, tanpa keberkatan, roh akan kelaparan dan tidak akan aktif.

Syeikh pun cakap siapa tak nak ulas tu boleh, tak mengapa. Tapi dia kena isi minyak Alphard. Nak isi sampai penuh tu kos dalam RM111 sahaja. Nak tak nak, kenalah ulas jugak. Daripada yang segan-silu dan tersipu-sipu, terus berubah. Begitulah bijaknya cara seorang pemimpin itu mendidik anak buahnya.

Abuya kata, orang yang dikatakan pemimpin itu ialah orang yang boleh memimpin manusia. Yang dimaksudkan memimpin manusia itu bukanlah setakat pimpinan daripada sudut lahirnya seperti kebajikan, ekonomi dan lain-lain tetapi seorang pemimpin itu boleh memimpin dan memegang hati manusia itu. Perdana Menteri dan Agong itu bukan pemimpin, mereka hanyalah sekadar pentadbir ataupun pengurus benda ataupun perkara lahiriah yang berbentuk duniawi.

Jika seseorang itu benar-benar seorang pemimpin, maka tidak kira dia ada kuasa atau tidak, ada jawatan atau tidak, orang tetap akan sanggup dan rela untuk mentaati serta mengikutnya kerana hati-hati mereka telah pun dipegang dan dipimpin. Jika seseorang yang berjawatan itu tidak memimpin hati-hati manusia tersebut , maka setelah kehilangan jawatan dan kuasa, orang akan lari daripadanya.

Sebab itulah sifat seorang pemimpin dan hamba itu tidak boleh dipisahkan. Jika terpisah, maka akan lahirlah orang-orang zalim yang mentadbir manusia kerana tidak memiliki rasa kehambaan. Seseorang yang benar-benar dikatakan pemimpin itu tidak dapat dielakkan sifat kehambaan yang terdapat di dalam dirinya.

Demikianlah sebenarnya kita sangat memerlukan pimpinan seorang pemimpin iaitu Abuya supaya hati-hati kita ni dapat dibentuk dan diproses untuk dihubungkan dengan nabi akhir zaman yang telah sekian lama dipisahkan daripada hati kita.

Thursday, 4 April 2013

Berjemaah Sunnah Terbesar


Assalam.

Hari ni hari yang cukup sibuk setelah kami menerima sumbangan meja, kerusi dan almari daripada rumah amal yang seterusnya dihantar ke rumah zon. Almari yang dihantar tu ingatkan boleh letak dan pakai terus, rupa-ruapanya nak kena pasang lagi! Ni la akibat nak senang je, bila tuhan bagi kesusahan sikit je dah  mula tercabar roh kita. Walaupun dari sudut lahir, mulut tak cakap apa-apa tetapi dari sudut rohani, lintasan hati yang sentiasa mendatang itu menjadi sesuatu yang sangat memberi kesan yang buruk pada roh kita sekiranya tidak ditepis.

Tetapi kalau nak dibandingkan dengan kesusahan yang dilalui dan ditempuh oleh para sahabat di zaman dulu, jauh lebih dahsyat! Namun yang demikian, mereka yang digelar sahabat Rasulullah SAW ini telah pun dianugerahkan untuk merasai kemanisan iman. Perjuangan, kemiskinan, kesusahan, penderitaan semuanya dirasakan manis kerana mereka telah menyerahkan diri mereka secara menyeluruh dan sanggup mati demi Allah dan Rasul.

Seorang remaja ditanya oleh seorang Syeikh,

Syeikh : Apa sunnah rasul yang paling besar?
Remaja : Berjema'ah ..
Syeikh : Yeke ..?
Remaja : *Angguk kepala*
Syeikh : Kenape pulak berjemaah tu sunnah paling besar?
Remaja : Sebab itu sunnah rasul ...
Syeikh : Memang la sunnah rasul , tapi kenapa membangunkan jemaah itu dikatakan sunnah yang paling besar?
Remaja : *Senyap*
Syeikh : Tau ke ape tu sunnah.
Remaja : *Senyap*
Syeikh : Sunnah itu CARA HIDUP Rasulullah!

Hah ! Jadi di sini kita dah boleh tahu sebenarnya masih ramai di kalangan kita yang masih belum mengenal nabi kita secara menyeluruh. Hanya tahu nabi tapi tidak kenal nabi, tidak tahu peranannya sebagai nabi akhir zaman, tidak tahu bahawa dia itu sangat2 membimbangkan kecelakaan menimpa kita. Bahkan kalau ditanya bila tarikh lahir Rasulullah, masih ada yang tak ingat ! Kata rindu Rasul, cinta Rasul, tarikh lahir pun tak ingat.

Sebenarnya yang dikatakan membangunkan jemaah ataupun berjemaah itu adalah sunnah Rasul yang paling besar ialah kerana dalam berjemaah itulah sunnah2 yang lain boleh dilaksanakan dan dilakukan. Dalam kita berjemaah itulah kita dapat mengimplikasikan diri kita untuk makan dalam dulang, makan tangan kanan, minum secara duduk, memakai celak, dan lain2. Ini baru sunnah2 yang kecil. Adakah masih ada dalam kalangan kita yang belum menyedari perkara ini? Sehingga sekarang nabi kita masih berjasa pada kita, bahkan setiap detik, setiap saat, dan setiap perkara yang kita lakukan !

Kalau tidak berada dalam suasana berjemaah, tentulah sunnah2 yang lain menjadi sukar dan payah untuk dilaksanakan dalam kehidupan harian kerana seseorang itu tidak mempunyai kekuatan ataupun dorongan untuk melakukan satu sunnah itu untuk menjadi cara hidupnya. Manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain. Kita juga sangat memerlukan mursyid iaitu Abuya untuk menghubungkan hati kita dengan Rasulullah untuk dicahayakan dan seterusnya dituju terus kepada Allah, baru rasa takutkan Allah & rindukan Rasul itu menjadi darah daging dalam diri kita.

Ingin Mengenal Nabi Kita

Assalam.

Malam tadi baru je selesai kelas dengan PZ1. Buku Catatan Sejarah Rasulullah yang ditulis dan disusun oleh Syeikh Nasaruddin Awang AR dijadikan 'buku teks' ataupun bahan rujukan. Subjek atau fokus utama kelas tersebut ialah menceritakan tentang perjalanan kehidupan Rasulullah SAW sejak kecil.

Sebelum ini kami telah diceritakan sejarah tentang Ka'abah dan kisah sebelum kelahiran baginda yang  mana waktu itu berlaku berbagai-bagai keajaiban dan tersembunyi pelbagai kod rahsia yang dicungkil oleh PZ1 ! Cerita2 yang pernah didengari sejak kecil telah di'detail'kan lagi yang menyebabkan timbul di hati ini satu perasaan yang ingin mengenali dan lebih mengetahui tentang kisah perjalanan hidup Rasulullah dan kekuatan Islam pada ketika itu. Insya Allah jika ada masa lapang, saya akan kongsikan.

Begitu hebatnya baginda Rasulullah SAW, sebelum kelahiran baginda lagi telah berlaku keajaiban seperti datangnya Burung Ababil yang membawa batu kecil daripada neraka, masing-masing membawa 3 biji batu kemudian dilontarkan batu-batu tersebut sehingga hancurnya tentera bergajah Abrahah yang hendak menyerang Mekah pada ketika itu. Hal ini demikian kerana Mekah itu tempat yang telah dijadualkan oleh Allah akan lahirnya seorang nabi akhir zaman.

Selain itu, nama yang diberikan kepada baginda iaitu Muhammad bukanlah diberi secara sembarangan. Pada ketika itu tidak ada seorang pun yang bernama Muhammad. Namun yang demikian, nama Muhammad itu memang telah dijadualkan oleh Allah khusus untuk kekasih agungnya. Ibu kepada baginda iaitu Siti Aminah telah bermimpi ada seseorang datang memberitahu supaya berikan nama anaknya Muhammad. Abdul Mutalib juga memberi nama cucunya itu Muhammad setelah beliau mendengar daripada tok-tok guru di Syam yang bahawa akan lahir di zaman itu seorang nabi bernama Muhammad.

Belum lagi cerita tentang setelah kelahiran baginda tetapi sudah nampak jelas bahawa manusia ini bukan manusia biasa. Dia manusia luar biasa, manusia agung, kekasih Allah! Kerana dialah terciptanya langit dan bumi, syurga dan neraka, jin dan malaikat. Tidak sah Islam seseorang itu jika nama Rasulullah tidak disertakan dengan Allah. Tidak kah terdetik di hati kita untuk lebih mengenali manusia yang istimewa ini ?




Wednesday, 3 April 2013

Proses Mendapatkan Tuhan


Assalam. Mohon keberkatan RSA dan BW utk menulis.

Sekadar perkongsian dan renungan bersama.

Berikut adalah intipati yg diperoleh setelah selesai kuliah skype dengan Sy Tashmidin AR. Marilah sama-sama kita memperhaluskan lagi rasa-rasa di dalam sembahyang kerana sembahyang itu merupakan ibu segala ibadah. Hanya dengan sembahyang yang agung sahaja boleh kita mendapatkan hati yang takutkan Allah dan rindukan Nabi. Sembahyang yang tidak memberi buah atau hasil yang sepatutnya adalah sembahyang yang cuai, lalai, biadap dan tidak diterima Allah. Neraka Wail lah yang menanti!


Proses Mendapatkan Tuhan

 - Bermula daripada wudhuk
 - Perhalusi wudhuk/tandas/air (nikmat)
 - Yang besar ialah rasa ketika berwudhuk

1) Wahai Tuhan, jernihkan wajahku, ketika Engkau menghitamkan wajah musuhMu di akhirat
2) Persaksian kita dalam syahada - dlm bentuk rasa
3) Tangan kanan - tolong berikanlah buku amalanku dari sebelah kanan
4) Kepala - lindungi ubunku dgn Arasy yng agung
 * walaupun sudah fulltime, tak maju2. Kurang menghalusi kehidupan
5) Telinga - telinga kanan mendengar/buat kebaikan
6) Kaki - Siratulmustaqim

  Selawat - Tolonglah menjadi wasilah kepada sembahyangku (masa selawat, memujuk2 Rasulullah duduk selawat)
  Rukuk - Wahai Tuhan, tolong anugerahkan kami rasa takut dan rindu Rasul, tolong.Tuhan, tolong
  Iktidal - Wahai Tuhan, dengarlah rintihan kami
  Sujud - Wahai Tuhan, aku tahu aku tidak layak/tidak mampu tapi aku harap berkat RSAW, anugerahkanlah aku 2 rasa itu.Tolong,tolong,tolong
  Duduk antara 2 sujud - Wahai Tuhan tolonglah.Taubatkan kami, sudilah Engkau ampunkan kami, bukankah Engkau akan kembalikan kami padaMu, tolonglah selamatkan kami di dunia lebih2 lagi di akhirat.Tolong,tolong,tolong
  Sujud akhir - Wahai Tuhan Yang Maha Agung, Maha Tinggi jgn Engkau bertindak keatasku dgn kuasaMu itu Tuhan.Tolong,tolong,tolong
  Tahiyat akhir - sama rasa spt Fatehah, rasa Rasulullah masih bertugas, berperanan
  Syahadah - Ya Allah, aku adalah hambamu.Ya Rasulullah, aku adalah umatmu

 - Untuk dapat rasa2 lebih tinggi dalam solat, hantar power banyak2 minta kpd Allah, RSAW dan Kerajaan Ajaib
 - Buat pada solat malam (tahajud)
 - Hidup utk membela Islam/perjuangan

*Tabung Taqwa*
 - memberilah kpd Rasulullah
 - apa yang berlaku skrg sangat2 berkait
  4 perasaan (takut/rindu Rasul)
  'Bimbang' takut rasa itu hilang
  'Cemas' takut Tuhan trik nikmat
 - memburu berkat (spt yg Sy Nasir AR ajar)

Begitu mahalnya ilmu-ilmu yg diberikan secara langsung oleh Rasulullah SAW melalui Bonda Wasilah AR. Kenapa kita masih tak nak hargai kasih sayang Rasulullah pada kita? Nabi kita yg sanggup menangis lebih 1000 tahun kerana sangat membimbangkan keselamatan kita di akhirat! Memang sangat patut baginda dirindui kerana terlalu banyak pengorbanan dan risiko yang  telah dilalui oleh baginda demi memastikan kita hamba2 yang lemah lagi hina-dina ini selamat daripada azab api neraka yang teramat dahsyat.

Tuesday, 2 April 2013

Berwangi-wangi Untuk Tuhan

Assalam .

Petang tadi kat cafe, tiba2 nampak ada orang melambai-lambai memanggil. Ayah rupanya. Ingatkan nak minta bantuan ke apa, rupa-rupanya dia mengeluarkan daripada poket seluarnya sekeping wang kertas bernilai RM50 tunai ! Apa hal pulak ni tiba2 bagi duit, rasa cemas pulak. Lalu dia pun cakap, "Petang tadi makcik kamu datang, dia yang bagi."

Alhamdulillah, rezeki sangat tuhan jamin apabila bekerja dengan tuhan. Tuhan bagi ikut keperluan, kalau tuhan bagi lebih-lebih nanti rosaklah kita. Begitulah 'Sayang Gila' nya tuhan kat kita. Kenapa kita masih tak nak balas kasih sayang tuhan? Kejamnya kita dengan pencipta kita!

Tiba2 terdetik dalam hati nak beli macam2 .. power bank la, top up la, baju baru la. Tapi apa pun kena lah dahulukan yang lebih utama iaitu barang wangi-wangian untuk bertemu tuhan ! Seganlah asyik tak wangi je bila sembahyang.. Jadi bila malam je, terus ke kedai untuk beli barang.

Tengok je barang-barangan kat kedai tu terus saya tergamam. Terpaku ! Tak tau nak beli apa. Ye la, kita ni bukannya biasa sangat nak ber'shopping' ni. Selalu pinjam kawan punya je, tapi nak pinjam sampai bila? Dah tiba-tiba tuhan bagi duit ni, kena la manfaatkan untukNya atau perjuangan, kalau tak nanti tak pasal2 dapat kemurkaan Allah !

Sebagai tambahan, Rasulullah SAW suka 3 perkara iaitu :

1. Berwangi-wangian
2. Wanita Solehah
3. Sembahyang

Masa nak beli tu, saya cuma mampu bertawasul dan meminta pertolongan dengan Abuya .. "Abuya tolonglah pimpin saya nak beli barang untuk berwangi-wangi dengan tuhan". Pusing punya pusing, akhirnya jumpa jugak barang yang diperlukan.

Lepas ni tak ada lagilah berbau badan atau busuk bila menghadap tuhan. Sedangkan kita nak jumpa raja pun dah stand by sebulan, siap bersolek, jaga penampilan dan bercermin lagi sebelum berjumpa.. Ini kan pula dengan ALLAH, maharaja bagi segala maharaja. Mesti lah kena sentiasa stand by.

Abuya tu suka berwangi-wangi. Jadi kalau kita masih busuk dan tak ambil berat tentang bau badan sendiri, jauh sekali lah kita dengan Abuya. Tak akan mungkin boleh kita dapat Abuya 100% kalau nak berwangi-wangian pun masih tak mampu !


Apabila Haq Bertemu Batil


Sekadar perkongsian.. Seperti yg kita maklum, haq itu ialah KEBENARAN manakala batil pula yang sebaliknya. Haq dan batil ini sangat bermusuhan! Ibarat air dan minyak, x boleh nak bersatu.

Namun yg demikian, jika dilihat dari sudut yg lain, perkara ni sangat penting dan amat memberi kesan yg jelas dan nyata pada diri kita. Bagaimana? Sebelum itu persoalannya ialah,

MENGAPA ROH KITA MASIH TAK MELONJAK ?

Dah bermacam-macam usaha yg kita dah lakukan seperti bangun malam, selawat awal, tebus dosa dan lain-lain.. namun masih ada perkara yang rata-rata dalam kalangan kita masih belum menyedarinya.

Antara sebabnya ialah kita masih menemukan yg haq dengan yg batil! Apa maksudnye?? Ibarat sesuatu makanan yg sedap dan enak lagi berkhasiat dihidangkan kepada kita, namun diletakkan racun yg sangat memudaratkan. Mana yang lebih berkesan pada diri kita, khasiat dlm makanan itu ataupun racun tersebut? TENTULAH RACUN LEBIH MEMBERI KESAN.

Antara kebaikan yg kita lakukan dan keburukan yg kita lakukan, MANA YG AKAN LEBIH MEMBERI KESAN PADA ROH KITA? Tentulah keburukan! Apabila 10 kebaikan yg kita lakukan itu diakhiri dgn 1 keburukan contohnye x taat, mengumpat orang, melewat-lewatkan sembahyang, tak mungkin roh kita akan melonjak! Sia-sia je kita berjuang dengan penat-lelah, tibe2 x selesai pakej..lagi parah. Jauh sekali nak jadi orang roh.

Oleh sebab itulah Syeikh Nasiruddin Ali AR seringkali mengingatkan kita "Jangan buat dosa, jangan buat dosa dan jangan buat dosa".. Kerana yg batil itu akan lebih memberi kesan yg buruk kepada roh kita.

Ampun Maaf.

Jika terdapat banyak kekurangan dan kesilapan, maka tegurlah agar kita dpt membaiki diri bersama. 

Permulaan Satu Rasa

Assalamualaikum,

Sy hanyalah seorang budak yg mana ayahnya telah direzekikan untuk berkahwin dgn cucu Abuya.

Selepas zohor td masa tngah wirid, tiba2 pulak hati ni tendesak untuk menulis sesuatu. "Nak tulis ! Nak cerita ! Nak kongsi ! Nak rasa !". Terasa di hati ni seperti ada 1001 mcm perkara nak ditulis..dan kini barulah rasa-rasa di hati itu mendorong kepada tindakan iaitu membuat blog untuk dikongsikan bersama perkara2 yg ingin sy kongsikan. Moga ada manfaatnya.

:)